NOTA KOMSAS TINGKATAN 4 CERPEN
TAJUK | WATAK | KATA KUNCI | HURAIAN |
1. Ibu dan Ceper -kisah seorang ibu yang diumpamakan seperti sungai ceper. Kematian ibu juga sama seperti sungai Ceper yang telah mati akibat pencemaran. | Aku (penulis) Ibu Ayah | 1. Bertanggungjawab 2. Kegigihan 3. Sabar | 1. Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya. 2. Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga. 3. Ibu terpaksa bersabar melayani karenah suaminya yang gemar mendenak burung ketitir sehingga kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarganya. |
2. Memori seorang tua -kisah Pak Itam yang digambarkan sebagai seorang pejuang yang cekal. Beliau berhasrat untuk berkongsi perjuangannya semasa meraikan hari jadinya yang ke 85, Pak Itam kecewa dengan sambutan yang diterimanya, beliau meninggal dunia dan semasa kematiannya, pak Itam dikunjungi oleh seorang wanita yang tidak dikenali dengan membawa sekuntum bunga ros. | Pak Itam Tuk Mat Rokiah Halimah Rogayah Jali Siti Nurhidayah | 1. kasih sayang 2. semangat patriotik 3. Baik hati | 1. Pak Mat amat menyayangi bekas isterinya dan dua orang anaknya yang telah meninggalkannya semasa dia berada di dalam penjara. 2. Pak Itam memiliki semangat patriotik yang tulen menentang Inggeris melalui mata penanya dan juga penentangan secara terus. 3. Rokiah dan Halimah membantu membasuh pakaian Pak Itam. |
3. Israk -kisah Israk yang tidak betah tinggal di kampung, dia menimbulkan banyak masalah dan bersikap kurang sopan dengan Wah, Mikraj adik Israk sering menasihatinya, namun Mikraj dimarah. Walau bagaimanapun, Israk akhirnya berubah apabila Wah menyelamatkannya semasa dia hampir lemas semasa mandi di sungai. | Israk Mikraj Wah | 1. Kasih sayang 2. Berani 3. ketabahan | 1. Wah amat sayang akan anak, menantu, dan cucu-cucunya. Wah tetap menyayangi Israk walaupun Israk menunjukkan rasa kurang senangnya tinggal di kampung. 2. Wah berusaha menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam sungai. Wah emnghulurkan sebatang kayu kepada Israk dan berusaha sedaya upaya menarik Israk naik ke tebing. 3. Wah tabah menerima kenyataan apabila suaminya meninggal dunia ketika kandungannya berusia sembilan bulan tiga hari. |
4. Pemain Catur -Kisah sebuah keluarga ternama dalam permainan catur yang akhirnya berpecah-belah apabila ahli keluarganya berselisih faham. Uj selaku abang sulung mempunyai kemahiran yang hebat dalam permainan catur mencabar adiknya Um kerana mendengar cerita daripada Uk yang mengatakan bahawa Um tekun menelaah buku berkaitan permainan catur. Berlaku pertengkaran dan tuduh-menuduh apabila kaki Um terkena asid. | Uj Uk Ul Us Ur Um | 1. Keberanian 2. Kasih sayang 3. Kegigihan | 1. Um berani menerima cabaran abangnya, Uj untuk bertanding catur. 2. Uj amat sayang akan adiknya Um, dia mengajarkan teknik permainan catur kepada Um. 3. Um telah berusaha dengan gigih dengan menelaah buku tentang permainan catur untuk berjaya sebagai pemain catur yang terkenal. |
5. Mellisa -kisah Mellisa, gadis berbangsa Cina yang terpaksa mengorbankan cintanya terhadap insan yang disayangi semata-mata ingin berbakti kepada negara.Melissa memilih untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei yang meragut banyak nyawa dan menyebabkan kehilangan Hisyam berulang . | Mellisa Hisyam Syahid Farid | 1. Kasih sayang 2. Keberanian 3. Kegigihan | 1. Mellisa sayang akan Hisyam, walaupun Hisyam telah lama hilang, namun Mellisa masih teringat-ingat akan Hisyam terutamanya apabila berkenalan dengan Syahid yang seiras dengan Hisyam. 2. Hisyam berani menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa. 3. Mellisa gigih berusaha untuk mengumpul maklumat bagi menyiapkan latihan ilmiahnya. |
6. Biarkan Samudera -kisah Mir yang mengalami konflik jiwa. Mir berhadapan dengan tekanan apabila hilang tempat tinggal dan ayahnya kehilangan punca pencarian. Mir dibantu oleh sahabat baiknya, Hakimah. Bantuan Hakimah dan ibunya membuahkan hasil apabila Mir semakin pulih. | Mir Hakimah Ibu Hakimah Ayah | 1. Kasih sayang 2. Sabar 3. rasional | 1. Mir sayang akan ayahnya dan sentiasa mengenangkan nasib ayahnya. 2. Hakimah begitu sabar berdepan dengan cabaran untuk memulihkan sahabatnya, Mir. 3. Ayah Mir berfikiran rasional dengan menerima hakikat bahawa rumahnya dirobohkan kerana tapak rumahnya itu bukan hak dan miliknya. |
Drama
TAJUK | WATAK | KATA KUNCI | HURAIAN |
1. Gelanggang Tuk Wali -kisah Tuk Wali, guru silat yang terbunuh di tangan cucu tirinya yang menagih dadah. Tuk Wali juga berhadapan dengan sikap Siak dan Imam yang bersikap dingin terhadapnya. | Tuk Wali Ripin Mariam Mak Umi Piee Siak Siak | 1. Jati diri yang kuat 2. Keberanian 3. Menghormati tetamu | 1. Tuk Wali, Ripin, dan Mariam gigih mempertahankan seni silat yang merupakan budaya warisan bangsa. 2. Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak. 3. Walaupun tujuan kedatangan siak dan imam ke rumah amat menjengkelkan Mak Umi namun dia tetap melayan mereka dengan mesra. |
2. Forum Remaja 2020 -kisah tiga orang remaja yang didatangi oleh dua makhluk dari planet Utopia. Dua makhluk tersebut mengingatkan mereka tentang kepincangan yang berlaku di Malaysia. Tiga remaja ini bertekad untuk menyelesaikan masalah moral dalam kalangan generasi muda. | Salmah Chong Chandran | 1. Berfikiran terbuka 2. Bijaksana 3. ketegasan | 1. Salmah mahu berusaha bersama-sama untuk mengatasi masalah kemerosotan moral dalam kalangan generasi muda. 2. Chong menjelaskan tindakan makhluk Utopia menyalahkan generasi muda sahaja merupakan sesuatu yang tidak adil. 3. Chandran menegaskan bahawa pembangunan yang telah dilaksanakan di Malaysia bukanlah impian semata-mata. |
3. Cempaka Berdarah -kisah gadis berbangsa Inggeris yang terbunuh apabila terkena tembakan abang kandungnya secara tidak sengaja. Tindakan Prof. Peter menggunakan kekerasan untuk merampas semula adik kandungnya, usahanya menyebabkan Cempaka terkorban. Mak Jah dan Zaman pula merupakan keluarga angkat Cempaka yang amat menyayangi Cempaka. | Cempaka Mak Jah Zaman Prof. Peter Malik | 1. Kasih sayang 2. Keberanian 3. kerajinan | 1. Mak Jah dan Zaman menyayangi Cempaka walaupun Cempaka adalah anak orang putih, iaitu bangsa yang menjajah tanah air mereka. 2. Zaman menunjukkan sifat berani dalam mempertahankan Cempaka, iaitu adiknya dariapada dirampas oleh Prof. Peter. 3. Zaman rajin berusaha seperti mengambil akar-akar kayu tumbang untuk s=dijadikan ukiran dan dijual di Kuala Lumpur. |
nice notes ;) .
ReplyDelete