Friday, October 28, 2011

TATABAHASA: AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

AYAT TUNGGAL (AT)
1.     Ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.
2.     AT terbahagi kepada dua iaitu, ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang.
3.     AT biasa bermaksud unsur frasa subjek mendahului frasa predikat.

AYAT MAJMUK (AM)
1.     AM gabungan ialah ayat yang terdiri daripada cantuman dua atau lebih ayat tunggal.

Ayat majmuk gabungan
1.     Beberapa ayat tunggal diabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata hubung seperti, dan, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
2.     Contoh:
a.      Saya dan Hamid mengulangkaji pelajaran di sekolah.
3.     Apabila berlaku pencantuman, unsur yang sama dalam ayat disusurkan.
a.      Contohnya:
Aimin belajar di Universiti Putra Malaysia
Aina belajar di Universiti Putra Malaysia
      Jadi, Aimin dan Aina belajar di Universiti Putra Malaysia.

Ayat Majmuk pancangan relatif
1.     Terbentuk melalui cantuman dua ayat dengan menggunakan kata relatif iaitu yang.
2.     Ramli dan Syarif yang ponteng sekolah semalam.

Ayat Majmuk Pancangan Komplimen
1.     Terbentuk melalui percantuman dua ayat yang menggunakan penanda komplemen iaitu bahawa, supaya, untuk, dan sebagainya.
2.     Contohnya,
a.      Ketua pemerintah memberi penerangan agar rakyat bersatu padu supaya tidak berlaku rusuhan.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan.
1.     Cantuman ayat induk dengan ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.
2.     Kata hubung yang digunakan ialah kerana, apabila, dengan, ketika, seperti, bagi, setelah, bak, macam dan sebagainya.
a.      Setiap remaja akan melakukan kesalahan moral apabila terpengaruh dengan rakan-rakan yang negatif.

Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.

  1.  Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
  2.   Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
  3. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar negara.
  4.  Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah.
  5.  Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
  6.   Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.
Pesanan cikgu: cuba jawab dahulu sebelum membaca jawapan di bawah.
JAWAPAN
  1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.Pembinaan lebuh raya menjimatkan masa.
  2.   Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini. Glongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
  3. Barangan buatan Malaysia bermutu. Barangan buatan Malaysia dapat bersaing dengan barang luar negara.
  4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara.Peperangan menyebabkan  banyak harta benda akan musnah.
  5. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Membaca buku dapat memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
  6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan.Pendatang asing di negara ini banyak memberikan keburukan

14 comments:

  1. saya mohon copy utk nota pelajar yer..mohd herman

    ReplyDelete
  2. Good one.. Easy to understand.. Lagi pun dah nak exam.. Actually esok.. Hihi.. Thanks for the post.. Really appreciate it..

    ReplyDelete
  3. thankyou very easy to understand :)

    ReplyDelete
  4. Sangat faham utk spm esok. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Sangat faham utk spm esok. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Hi, ayat seperti :"Fong Yik bermain gasing pada hujung minggu." Ayat Tunggal?

    ReplyDelete
  7. Ayat tunggal.. "pada" merupakan unsur keterangan sahaja.

    ReplyDelete
  8. Tq ya.. nota ini mudah utk sy fhm & djadikan pnduan utk mngajar nti

    ReplyDelete
  9. Saya minta izin untuk beri bahan ini untuk anak murid saya.

    ReplyDelete
  10. kalau "Murid-murid itu berdoa agar guru mereka pulih."?

    ReplyDelete