Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa ,
Mendengar tupai membaca kitab.
Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.
Kupu-kupu terbang melintang,
Kayu tumbang tepi pengkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.
Maksud
R1- Isteri yang cantik dianggap tidak berguna sekiranya tidak pandai memasak.
R2- sindiran terhadap orang yang tidak berilmu tetapi menunjuk-nunjukkan kemahirannya. Sikap ini membuatkan dirinya ditertawakan oleh orang lain.
R3- sindiran terhadap orang yang telah kehilangan kuasa, mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi terhadap rakyat biasa.
R4- sesuatu perkara yang menimbulkan kehairanan apabila orang atasan berjaya dijatuhkan oleh orang bawahan.
Tema
Pantun ini bertemakan sindiran untuk memberikan pengajaran kepada kita.
Kata kunci
v Bertanggungjawab
v Merendah diri
v Keyakinan diri
Persoalan
v Persoalan tentang tanggungjawab seorang wanita. Wanita seharusnya tahu membuat kerja rumah, bukanlah hanya menjaga penampilan diri sahaja.
v Persoalan tentang sikap merendah diri. Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada merekaya yang lebih arif.
v Persoalan tentang keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan diri yang tinggi akan menghapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita.
Nilai
v Nilai bertanggungjawab. Wanita seharusnya tahu membuat kerja rumah, bukanlah hanya menjaga penampilan diri sahaja.
v Nilai merendah diri. Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada merekaya yang lebih arif.
v Nilai keyakinan. Keyakinan diri yang tinggi akan menghapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita.
Pengajaran
v Kaum wanita bertanggungjawab untuk belajar melakukan kerja rumah. Urusan-urusan di dapur haruslah dipelajari oleh kaum wanita bukanlah hanya menjaga penampilan diri sahaja.
v Kita haruslah bersikap merendah diri. Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada merekaya yang lebih arif.
v Kita haruslah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan diri yang tinggi akan menghapuskan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita.
No comments:
Post a Comment