Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini.
Mahsuri ialah lambang wanita yang setia.
Mahsuri juga menyimpan dendam terhadap
orang yang menzaliminya. Sumpah Mahsuri
itulah yang telah menghidupkan Langkawi
hingga dikenali ramai.
Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup
dia hanya bermula dengan
khayalan seorang seniman
pun kata orang Mahsuri pernah hidup
tetapi bahasa seorang pencerita
membuatnya lebih hidup dari kehidupannya
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri
Langkawi tidak sebegini bererti.
Timbul perdebatan tentang kewujudan
Mahsuri, iaitu sama ada kisah Mahsuri cuma
khayalan, seniman atau bahasa dalam karya
sastera yang telah menghidupkan kisah tersebut
sehingga Langkawi mengalami pelbagai
perubahan.
Mahsuri membesarkan Langkawi
sastera membesarkan tanah air.
MAKSUD
R1 - Mahsuri digambarkan sebagai seorang gadis yang baik dari segi jiwa dan zahirnya. Semasa dibunuh ia mengeluarkan darah bewarna putih yang dianggap suci. Selepas 7 keturunan pulau Langkawi telah pulih seperti sediakala kerana sumpahan telah tamat]
R2- Penyair melahirkan pendapat bahawa kisah Mahsuri mungkin diilhamkan oleh para seniman . Namun kerana kekesanan bahasa yang digunakan oleh seniman tersebut menyebabkan kisah Mahsuri tetap hidup / berpanjangan dan dihayati oleh masyarakat.
R3 - Penyajak melahirkan rasa kagum kerana nama Mahsuri telah menyebabkan Pulau Langkawi menjadi terkenal dan menyebabkan nama negara ini menjadi terkenal.
No comments:
Post a Comment