Friday, November 4, 2011

SELOKA EMAK SI RANDANG

MAKSUD:-

—  Emak Si Randang yang baik hati sanggup menanakkan nasi kepada orang dagang yang lalu di depan rumahnya. Kerana ketiadaan kayu api, dia telah merobohkan rumahnya untuk mendapatkan kayu api. Disebabkan nasi telah dijamu kepada orang lain, anak sendiri yang kelaparan. Hal ini diibaratkan seperti kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Apabila dagang itu pergi, dia kerugian ditambah pula kerana beras habis dan tanaman padi juga tidak menjadi.
 Tema:
  • Berbuatlah baik kepada orang lain mengikut kemampuan sendiri .
Kata Kunci
  •  Kesederhanaan
  • Rasional
  • Pemurah 
  • Kasih sayang
Persoalan
  •  Persoalan tentang sikap bersederhana. Sederhana dalam menimbangkan diri dan kepentingan orang lain tidak terlalu menjaga kepentingan orang lain.
  • Persoalan tentang berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan. Kita seharusnya berfikir dengan sebaik baiknya sebelum memberikan bantuan kepada orang agartidak akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.
  •  Persoalan tentang sikap pemurah dalam diri sesorang manusia. Janganlah kita bersikap pemurah yang keterlaluan terhadap tetamu, kita perlu mengukur kemampuan diri terlebih dahulu.
  • Persoalan tentang perasaan sayang terhadap keluarga. Sebelum berfikir untuk membantu orang luar, kita mestilah dahulu membantu diri sendiri dan keluarga.

GAYA BAHASA:-
Sinkope / singkof  -  Beras habis padi tak jadi.
Asonansi  -  Anak pulang kelaparan.
Aliterasi  - Dagang pergi awak terhutang.
Anafora  - Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan.
Hiperbola  -  Tiada kayu rumah diruntuhkan.
 Nilai
  • Nilai kesederhanaan. Sederhana dalam menimbangkan diri dan kepentingan orang lain tidak terlalu menjaga kepentingan orang lain. 
  • Nilai rasional Kita seharusnya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum memberikan bantuan kepada orang agar tidak akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga
  • Nilai pemurah.    Janganlah kita bersikap pemurah yang keterlaluan terhadap tetamu, kita perlu mengukur kemampuan diri terlebih dahulu.
  • Nilai kasih sayang. Sebelum berfikir untuk membantu orang luar, kita mestilah dahulu membantu diri sendiri dan keluarga.
Pengajaran
  •  Kita haruslah  bersikap sederhana.   Sederhana dalam menimbangkan diri dan kepentingan orang lain tidak terlalu menjaga kepentingan orang lain.
  • Kita perlu berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan. Kita seharusnya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum memberikan bantuan kepada orang agar tidak akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.
  •  Kita perlu mempunyai sikap pemurah dalam diri.   Janganlah kita bersikap pemurah yang keterlaluan terhadap tetamu, kita perlu mengukur kemampuan diri terlebih dahulu.
  • Kita perlu sayang akan keluarga. Sebelum berfikir untuk membantu orang luar, kita mestilah dahulu membantu diri sendiri dan keluarga.

No comments:

Post a Comment